Aku fikir, fikirkan itu semua. Aku harus ada ego. Aku harus keras. Aku tak kisah. Akan kutetap cuba menjauh, tak mahu lagi tautan itu mendekatiku. Seperti pengalamanku yang sudah, ku pasti tidak mahu berhubung bersama dia lagi. Semakin aku toleh ke belakang, semakin perlahan perjalananku di depan.
Cukuplah sampai di sini perhubungan kita. Anggaplah ini suatu perjalanan hidup.. bukan penghabisan, tetapi permulaan yang baru.
Beburung berzikir di sangkar raudhah, Menyahut azan di tabir senja, Insan berkasih kerana Allah, Bertemu.. berpisah kerana cintaNya.