Friday, June 20, 2008

Mungkin benar tuhan mahu aku terima balasan dosa-dosa yang telah aku lakukan dahulu. Kini amat sukar bagiku merasai cinta, untuk jenuh menghidu sayang dan berat menitiskan airmata.

Mungkin kerana hingga saat ini aku masih belum bersedia untuk melepaskan mimpi-mimpi itu berlalu dari diriku. Mimpi yang menyusup ke dalam jasadku, perlahan-lahan menjadikan aku manusia yang ingin menjauhi hasrat untuk menjalin apa jua hubungan lagi.

Bagiku, bila seseorang ingin mendekatiku, dia sekadar beriya sementara dan esok lusa kami akan cari haluan masing-masing yang berbeza. Aku jadi takut bila orang yang aku suka mendampingiku kerana aku tidak punya daya untuk meletak setitip harapan untuk dia. Padahal, dia aku suka. Dia mungkin boleh jadi yang sempurna.

Adakah aku layak untuk manusia yang seterusnya? Adakah aku akan adil dengan jiwaku yang tersisa ada?

Biarlah masa menentukan semuanya. Aku hanya berserah kepada yang Esa.