Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsi bersama. Perkara yang telah aku sedar, belajar, dengar dan ambil ikhtibar..
- Sayangilah dia pada kualiti pekertinya dan rupa jiwanya. Bukan pada wajah fizikalnya yang superfisial. Kerana sifat fizikal tidak kekal dan tunggu masa saja untuk memudar.
- Mereka yang pernah dianggap liar, nakal atau jahat mampu bertukar sifatnya jika berupaya mengenal kasih sayang dan hakikat. Pernah aku gelarkan dirinya "Setan" di bangku sekolah dahulu.. kini dia adalah Putera dalam hidupku.
- Diam tidak bermaksud kita kalah, juga tidak bermakna kita salah. Mungkin kita hanya ingin mengalah.
- Tidak perlu membebani minda dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya difikirkan. Sesungguhnya kepercayaan itu adalah dasar sesuatu perhubungan yang kukuh.
************
My bro just left for Hongkong today.. on a 4 day school trip to some orphanage there.. i'm missing him already.. haiz.
Have a safe flight Qayyum.. come home safely..
"Ya Allah lindungilah adikku dari segala rintangan dan perkara yang tidak diingini.. dan permudahkanlah segala urusannya disana.. semoga dirinya selamat pulang ke singapura nanti. amin amin ya robbal alamiin.."