Maafkan aku, Ya Allah.. Kau dengarkanlah rintihan sepi dari hambaMu yang serba kekurangan ini.. Aku amat menyesali dan menginsafi atas segala dosa yang telah ku perlakuan selama ini.. Berikanlah aku peluang sekali lagi untuk perteguhkan haluan.. Hanya padaMu, ku pohon panduan agar hidup ini dijauhi kesesatan.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menahan siksa yang terus bermukim di hati.. hilangkanlah kesayuan yang menyinggah kini.. Sesungguhnya aku insan biasa yang selalu tewas di tangan perasaan.. Aku insan lemah yang mudah tewas dengan hasutan syaitan.. Ampuni segala dosaku Ya Allah.. Amin amin ya robbal alamiin.
~ Semoga aku dipertemukan suatu detik yang mampu membuat diri ini hidup semula. Kerana hidup kini rasakan mati. Mata terbuka tapi tak berhati. ~