Wednesday, December 06, 2006

Da lama diri tak menjengah ke sini. Peperiksaan pun sudah tamat!! Alhamdulillah!!

Hmm.. Entah mengapa hati terpanggil untuk berbicara tentang cinta. Walau sering terdetik di hati, layakkah insan seperti diri ini yang acapkali kecundang, rebah di kaki cinta memperkatakan tentangnya.

Apa itu cinta agaknya di mata isi dunia? Bukankah cinta itu indah? Suatu nikmat dunia kurniaan ilahi. Cinta bagiku, ibaratkan udara. Keperluan yang perlu ada tanpa bayang, tanpa rupa. Ibarat tubuh yang perlukan nyawa, ibarat darah yang mengalir bersamanya, cinta itu seharusnya membawa ketenangan.. seharusnya ada kelembutan.. seharusnya mendamaikan.

Bagiku, jika ada cinta dalam dada, bisa saja ku luahkan rasa itu setiap waktu. Kekal ia meniti di bibirku selalu.. seindahnya ia menari di jiwa halusku.. kerana cinta itu indah. Aku mahu hidup dan bernyawa bersamanya. Aku mahu rasa itu kekal merah dari titik mula ia berdetak di hatiku hingga ke hujung nyawa. Biar ia kekal kejap dalam seluruh rasaku. Biar ia subur mekar di jiwaku.


~ Belailah cinta setulus rasa dalam jiwa, pasti di hujungnya ada bahagia. ~