Kenapa ya, kita sering melepaskan marah, geram atau stress dengan menyalurkannya kepada orang terdekat yang amat kita sayangi? Dan selalunya ia berlaku tanpa kita sedari. Mungkin jarak di antara kita dan dia hampir tiada, kerana selalunya batasan itu lupus dek 'kerna sayang aku telan apa saja', perkara ini boleh berlaku bila-bila masa dengan senang tanpa disangka. Tapi, bila sudah terlepas dan kita sedar, pasti semuanya sudah terlambat untuk berlalu pulang. Ke tempat asalnya.
~ Mungkin apa yang kita perlukan adalah masa, untuk lebih memahami apa jua perkara di antara kita. ~