Wednesday, June 20, 2007

Baru sahaja dapat berita bahawa sahabatku Rahayu telah keguguran kandungan pertamanya.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..


"Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil dan kepunyaanNya segala yang telah diberi dan setiap sesuatu di sisiNya mempunyai tempoh yang tertentu..bersabarlah dan harapkan pahala dari Allah". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dunia hanya tempat persinggahan sementara sebelum kita berpindah ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat yang abadi.. yang pasti, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta yang Esa..
Bersabarlah Ayu.. tak siapa pinta ujian sebegini datang bertamu.. walau hatimu kian remuk derita, terimalah segala takdir dengan hati yang terbuka. Insyaallah ada seribu hikmah di sebalik apa yang telah berlaku.. kerana kita hanya dapat berusaha dan berdoa, Allah yang menentukan segalanya.. Bersabarlah sahabatku.. tangisan hari ini mungkin akan mencetuskan kegembiraan di masa akan datang. Yakinlah pada janji Allah. Ku berdoa agar kau sentiasa sabar dan tabah hadapi ujian ini. Amin amin.. Ya Rabbal A'lamin. *hugs*