Semakin aku cuba belajar menjaga hati manusia, lagi banyak hati yang aku luka. Adakah sewajarnya ia terjadi untuk mengajar aku tentang soal perasaan yang sukar untuk aku faham.
Mungkin kerana cara aku melindungi diriku ini sekadar membuat dia melihat aku sebagai bukan manusia. Tiada perasaan, egoistik dan self-centred. Hati keras yang degil dan sukar untuk dihampiri.
Apa yang membuat aku sedih adalah ketidakupayaan aku untuk membahagiakan manusia yang membahagiakan aku. Ketidakbolehan aku bertahan untuk terus mencuba dan mencuba untuk terus memperbaiki diriku.
Aku malu bila aku kalah dengan diriku sendiri. Aku sedih bila aku tidak mampu memperbetulkan perkara yang di bawah kuasaku sendiri. Determinasiku lemah. Selemah perasaanku untuk mencuba lagi.
Biarpun mungkin orang yang melihat tidak nampak, malah mungkin tidak tahu apa yang terjadi di belakang mereka, tapi aku tahu. Aku tahu siapa diriku.
Maafkan aku.