Monday, September 01, 2008

Aku harap Ramadhan kali ini akan lebih bermakna untukku. Kerana tahun lepas aku kecundang menerima beberapa dugaanNya itu. Aku bersyukur juga kerana nyawaku masih ada dan hela yang dilepaskan ini masih sihat dan terancang.

Aku berharap bulan yang suci ini dapat membersih dan menjernihkan hati semua umat.. agar lebih kuat, beringat dan berhati mulia.. Untuk diriku pula, aku mendoakan perkara dan pelajaran yang sama.. semoga aku tidak terpandang noda dan tidak murah pada dosa.

Di bulan yang penuh keredhaan.. bulan yang memuji kebesaran Tuhan yang menjadikan siang dan malam.. aku berdoa ia membawa sepenuh erti kepada semua. Semoga kita akan terus taubat dan istiqamah dalam perjuangan sebagai khalifah di bumi Allah.. Amin amin ya robbal a'lamin..

Selamat Datang Ramadhan. Selamat Beribadah Semua.