Semasa dalam perjalanan pulang semalam, ketika aku mendongak ke atas, kulihat ketakjuban pelita yang perkasa dan terang.. ia bagaikan matlamat kita untuk terus bersinar dan memancar, bagai gemerlapan eka bulan penuh kesaktian.. Aku menoleh ke kanan.. menatap wajahnya yang begitu tenang sambil memandu keretanya.. Dia mambalas tenunganku.. bersertakan senyuman manis yang terpancar dari bibir nan indah.. Dalam hati aku berdoa, aku ingin bersamanya..
Aku harap bermula hari ini, aku akan menjadi lebih matang dan dewasa dari yang sebelumnya.. Semoga aku sedar apa yang aku mahu dalam hidupku.. Dan aku juga berharap bermula hari ini, apa yang aku inginkan tidak tinggal hanya impian.
Terima kasih kepada semua (ramai sekali untuk disenaraikan) yang telah sudi menghulurkan ucapan hari istimewa ini.. i love you all!!
p/s: sorry peeps, i had uploaded the wrong pic previously. opss! haha..