Aku rindukan segalanya tentang kita. Tiada siapa yang bisa tiupkan lapang ke dadaku seperti dirimu. Ingin sekali ku katakan.. aku rindu. Namun lidahku kelu. Fikiranku buntu.
Aku tahu kau pasti sedar.. Aku kini bagai anak kecil rindukan ibu dan kerinduan itu menuntut 1001 macam pedih di jiwa. Adakala dapatku tepis hadirnya. Adakala.. seperti inilah akhirnya. Terlontar dalam bongkah gundah yang tiada hujungnya. Tiada lena. Tiada rasa. Selagi hati tidak kembali, selagi denyutnya tiada dalam diri, beginilah aku. Menanti dalam harap yang tak sudah.
~ Maafkan aku kerana gagal menjadi gagah untuk kali ini.. ~