Thursday, January 25, 2007

Munajat

Aku sering melafazkan janji di hadapanMu
Tapi, aku juga sering memungkiri janji kepadaMu
Aku pernah mengalirkan air mata keranaMu
Tapi, aku kemudiannya katawa semula tanpa malu

Ya Allah! Ya Tuhanku,
Ampunkanlah segala dosa-dosaku
Berilah petunjuk dan juga bimbingan kepadaku
Agar aku tidak menyesal di hari akhiratku

Kawan, aku tidak layak untuk diteladani
Kerana aku sendiri masih mencari arah hidup ini..

----------------------


Tersentuh bila aku baca puisi ini.. Astaghfirullah.. Harap ia dapat dijadikan tazkirah buat hati yang kian malas menghadapNya.. Semoga kita dijauhkan dari hati yang mati kerana lalai dan buta.. Amin.