Akan sampai masanya nanti, ketakjuban itu akan pudar dan jadilah dia sekadar manusia biasa dari mata pandanganku. Tiada lagi layanan istimewa, tiada lagi pandangan yang berbeza. Tiada lagi akan aku menghendap dunianya, tidak juga akan aku risau dengan kekuranganku. Pada ketika itu aku akan sedar fantasiku adalah demi fantasiku. Ketika itu juga aku akan sedar bahawa setiap kegilaan itu ada takatnya. Dan kegilaan aku terhadapnya akan hilang jua. Hilang jua. Insyaallah.
~ Cukuplah Allah bagiku. Dambaan cintaNYA tidak akan pudar..kerana di situ letaknya cinta abadi. ~