Tuesday, February 20, 2007

Dapatkah aku cungkil hasrat ini. Supaya ia tidak bertapak lagi di sini. Bukan kemahuan untuk menyelaminya dalam-dalam. Sebenarnya aku mahu menangkisnya dari aku terus berharap dan menyimpan impian terpendam.

Up to one point, kerana terlalu sukakan dia, biarpun sekadar di layar maya, aku telusuri gambar-gambarnya tanpa perlu banyak tanya tentang rasional, objektif, matlamat ataupun kepentingan. Aku tersenyum sendirian. Jauh tersudut dalam hati aku tahu, aku cuma mampu untuk mengenali dia sahaja.

Yang aku takut, perlakuan aku ini dalam diam bagai menanam rutin indoktrinasi yang merugikan masa dan membuang keringat fikiran. Bagai menggapai sesuatu yang di luar jangkauan. Bagai mengindik anjal yang bakal melambung aku ke udara tanpa tahu sampai mana takat gembiranya dan bila masa pula akan aku jatuh terhempas ke dunia.

Ingin sekali aku tahu bagaimana lagaknya apabila mengetahui ada orang sepertiku menjadi kurang akal kerananya. Hinggakan sanggup duduk di sini dan menulis hasrat galak, galik dan sepastinya gila, gila dan gila!


p/s: Tanjung Piai was GREAT. and i think one of the reasons being.. he was there. =o)


having lunch @ tanjung piai. it's the only pic i managed to snap before my hp batt went dead.

~ if a picture paints a thousand words.. *smiles* ~