Sunday, April 29, 2007



Yang terindah
Terlukis di bibirmu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu
Pudarkah sudah cinta yang ku beri
Berwarna-warni segala
Yang dijanjikan ia

Usah biar ku bersendirian
Usah biar hati mu ditawan
Usah biar diriku di sini
Seorang menunggu tanpa teman

Usah lepas genggaman tanganmu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu

Usah lepaskan

Tak mudah ku melupa segala yang berlalu
Ku ingin selalu bersamamu

Ku tak perduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Kita patutnya masih bercinta
Usah lepaskan

Usah lepaskan

Yang terindah
Terlukis di bibirmu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu..


Setiap kali aku mendengar lagu Usah Lepaskan nyanyian Taufik Batisah, biarpun di kala jiwaku stabil dan tidak bersedih, lantunan emosi di samping ayunan lirik dan melodinya, membuatkan aku mahu duduk dan menangis. Maafkan aku sayang..

Wednesday, April 25, 2007



Suatu tika dahulu
Ada yang sangsi kemampuanmu
Menerajui bahtera kehidupan dan cinta
Telah ada yang menduga bahawa kita tidak mungkin kekal lama
Dalam melayari lautan racun bicara manusia
Agar mereka boleh bersorak gembira
Dengan kehancuran bahagia yang kita bina

Kini kita masih bersama
Merentas lautan kasih sayang dan cinta
Walau masih diduga dari seluruh arah penjuru
Hingga tertikam lidah mengguris rasa
Namun tidak sekali kita melatah
Membiarkan segala sengketa berakar umbi
Menjadi barah

Kau sentiasa berjuang untuk cinta
Berjuang untuk bahagia
Berjuang untuk kita berdua
Agar mereka semua tahu
Kesungguhan memiliki ku suatu tika dahulu
Bukan sekadar omongan kosong
Kesungguhanmu mencipta bahagia buatku
Bukan sekadar janji manis yang diucap dibibir
Segalanya disusuli kepercayaan
Kejujuran dan kasih sayang

Benar..
Kau mungkin bukan lelaki yang terhebat dalam cinta
Tapi kau lah satu-satunya lelaki yang terhebat dalam hidupku
Tanpa bahasa pujangga mengulit jiwa
Aku tetap tahu kau amat cinta padaku
Kerna kau dicipta Tuhan untukku
Untuk memberitahu mereka
Memiliki bahagia harus disertai dengan usaha
Bukan sekadar tertakdir dengan rentaknya

Monday, April 23, 2007

Year 2005
Year 2007

No matter what life throws at us.. thus far, certain things NEVER change.

Tuesday, April 17, 2007

"Adik nak masuk National Team?" ujar Guru Utama sambil menuding jari telunjuknya ke arahku. Terserentak aku buat seketika. Aku hanya bisa tersenyum sambil memberi alasan untuk memikirkannya dahulu selepas tamat peperiksaan nanti. Aku tatap wajah guruku. Terserlah di wajahnya penuh harapan. Penuh keyakinan. Namun aku.. Haiz..

Mulai hari itu, acapkali aku tersedar dari tidur, aku cuba sengkangkan kelopak mataku untuk pulang ke sarang lena. Aku cuba untuk pejamkan mataku. Cuba pula untuk melupakan semua yang telah berlaku. Yang bakal berlaku.

Teringin sekali aku lihat dari aras pandanganku yang atas, bagaimana mereka akan mempersoal dan mengata tindakanku. Bagaimana mereka akan menilai diriku.

Peluang diberi cuma sekali. Macam mana kalau aku ambil keputusan untuk tidak mengikut apa yang mereka mahu? Adakah hukumannya berat? Aku akan dihukum, itu sudah tentu.

Dunia yang aku pikul di bahu kini memberatkan dan memperlahankan aku. Haiz..

Sungguh membebankan.

~ I'm not ready to be in the national team. But will they even allow me to make my own decision without scrutinizing me afterwards? *sigh* ~

Saturday, April 14, 2007

i hate PMS.. i'll usually have this annoying cramp all over the lower half of my body.. and my groin area would hurt like mad! errmm, what they call it in malay, senggugut? segugut? sengugut? yeah something like that lah.. so yesterday's training was HELL for me.. abg zul focused mainly on sabit. haiz.. of ALL kicks, he chose SABIT. each time i twist my hip to kick the padding, the pain at my groin, *astargfirullah* was unbearable. and that's not all.. after sabit-ing for like countless times, we had to do sapuan. that was even worse! rasa macam nak terkeluar isi perut ni! haiz.. i kept pushing myself till i couldnt take it anymore.. i quietly approached abg zul and almost in a whispering tone, told him that i cannot continue with the sapuan cos i have senggugut. then you know what, he suddenly blurted out in front of everyone: "APE??!! SENGGUGUUUUTTT?!! APE TU!!??" *sheesh* i could hear the peeps laughing at the back.. wah duh.. malu nyer. ok back to the story.. i went to some secluded corner and did some stretching to ease the pain.. a few minutes after that, abg zul told me to take off my vest. damn. i hate taking off my vest in the middle of trainings.. but oh well, i guess it's for my own safety. so unable to carry on with the training, all i could do was sit (like some gundu) and watch the others train. argh!!

today there's training at cairnhill.. and it's gonna be more intensive than yesterday's. i just hope all this bloody sunggugut and cramps will be gone by then. haizzzzz..... I HATE PMS!!!!!!!!!!!!!!!!

a brief conversation with aisyah's mom:

her: kenape diana?
me: saya senggugut cik..
her: ohh.. senggugut? orang kata, kalau senggugut kene kahwin cepat tau!
me: haahhh???? ape je cik..
her: eh betuuuull.. biler dah kahwin nanti takde senggugut lagi..
me: hmmm, kenape pulak?
her: hehehehhehehehheehhe...
me: errr... *confused face* (still waiting for the answer)
her: *muttered something which i couldnt hear*
me: err.. haha.. NO WAY cik.. takpelah, saya sanggup merana ngan senggugut ni.. dari kene kahwin eh?? tunggu lama2 ar...

yada yada yada. the end.
-------------------------------------------------------------------


betul ke kalau dah kahwin senggugut pun hilang?? hmmm... wallahua'lam.

up to this line, i think you've probably wasted about 1 and a half minutes of your life reading this crap. hahaha.. *yawn* i'm off to bed now. adios amigos!

Thursday, April 12, 2007


That night we talked. About life. About our times together. Reminiscing our past, predicting our future. Maybe we weren't the same two kids we had once been. But some things never change. Some things were meant to last. And even though I'll never know what is going to happen to us, or where we're going.. I just knew I couldn't let you out of my life.

Monday, April 09, 2007




CINTA IBARAT SEPOHON BUNGA.

Ia perlu ditanam oleh manusia yang inginkan keindahan, lantas dibaja, disiram dan dijaga sebaik-baiknya. Segalanya perlu seimbang barulah ia bisa bertunas. Barulah terbit bunganya, cantik berseri. Begitu juga cinta. Jika satu pihak memberi, satu pihak lagi perlu juga belajar memberi agar kedua-duanya bisa merasa nikmat menerima.

~ Kau tetap hulurkan aku keindahan setelah aku hancur di gelanggang perasaan.. ~

Sunday, April 08, 2007

Menari di balik tirai bayangmu..


Kadangkala aku menari dan ada masanya aku akan menyanyi dengan siulan-siulan hati dan perasaan. Jika aku mampu, ingin saja aku melompat tinggi menggapai bintang dan meramas bulan dalam genggaman. Kerana yang paling penting adalah intipati yang tersimpan, bukan rangka luaran.


p/s: Sentosa was fun. *smiles*. To someone, All the Best in Belgium! =)

Wednesday, April 04, 2007

ok here's what happened just now. i was downloading my lecture notes when he suddenly tagged me. our conversation..

yada yada yada..

him: eh u know wad..
me: yeah??
him: i read ur blogs!!! haha
me: oh.. hahaha
me: :S
him: terperanjat sekejap
me: lolz...
me: hahha...
me: errr...
me: kenapa terperanjat?
him: yeah.. read everything..
him: haha
him: i dont know lah *** **** ni terperasaan ke tak..
him: haha.. ade jugak orang yang menaruh hati rupanya.. geli hati..
him: oi, awak ok ke tak ok ni?
him: mana pulak budak satu ni?
me: hahha...lolz..
me: ok fine!! now u noe!!

yada yada yada.. The End.

******


Seketika aku tergamam. Ku lihat sekali lagi huruf-huruf yang tertera di hadapanku untuk memastikan penglihatanku tidak salah. Hampir tidak percaya, ia benar-benar berlaku. Dia sudah tahu.

Adalah sesuatu yang mustahil jika aku katakan ia tidak memberi sebarang kesan kepadaku. Bukankah selama ini aku yang ligat melaungkan perasaan inilah, itulah, terasa inilah, tidak rasa itulah, seribu satu macam rasa, hingga aku sendiri jemu menjamahnya. Tapi aku tulis juga. Luahkannya juga di ruang putih ini.

Cuma inilah kali pertama aku dilontar ke dalam situasi yang amat memalukan! Entah di mana nak letak muka! hahaha.. Namun, setelah berbicara secara terus-terang, terdetik rasa lega pula kerana tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Yang pasti, kini aku nekad untuk menyelesakan diri apabila berhadapan dengannya nanti. Yang pasti, aku akan hentikan segala kegilaan di hati. Tujuan serta destinasi keputusan ini dibuat adalah atas dasar logikal dan kerana mahukan yang terbaik untuk diriku. Insyaallah.

Walau apa pun, biarlah jiwaku saja yang faham. Segala alasan, perjalanan dan pengalaman ini adalah sesuatu yang baru untukku. Ia seharusnya ditafsir dengan minda yang positif dan hati yang terbuka.

Itu barulah namanya dewasa - arif soal hidup, dia dan cinta sebenar.
hahhahahhahahhahahhaa......

he just told me he reads my blog.

hahhahahhahahhahahhaa......

he knows.

hahhahahhahahhahahhaa......

i'm dead.

hahhahahhahahhahahhaa......

malunya saya.

Sunday, April 01, 2007

Inter-seligi competition has come to an end.. it's finally OVER.. *exhale*

after one and a quater year in seligi tunggal, me and my brothers managed to achieve our first ever Gold medal.. yeap, all 3 of us.. Alhamdulillah!!

that's not all.. the fact that it's my mom's b'day today made our win even more sweeter. yeap!! heheh.. Happy 43rd B'day IBU!! I LOve YOU So MucH!! *hugs and kisses*


Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya




~ That's for you, Ibu. From your 3 amigos. =)~