yada yada yada..
him: eh u know wad..
me: yeah??
him: i read ur blogs!!! haha
me: oh.. hahaha
me: :S
him: terperanjat sekejap
me: lolz...
me: hahha...
me: errr...
me: kenapa terperanjat?
him: yeah.. read everything..
him: haha
him: i dont know lah *** **** ni terperasaan ke tak..
him: haha.. ade jugak orang yang menaruh hati rupanya.. geli hati..
him: oi, awak ok ke tak ok ni?
him: mana pulak budak satu ni?
me: hahha...lolz..
me: ok fine!! now u noe!!
yada yada yada.. The End.
Seketika aku tergamam. Ku lihat sekali lagi huruf-huruf yang tertera di hadapanku untuk memastikan penglihatanku tidak salah. Hampir tidak percaya, ia benar-benar berlaku. Dia sudah tahu.
Adalah sesuatu yang mustahil jika aku katakan ia tidak memberi sebarang kesan kepadaku. Bukankah selama ini aku yang ligat melaungkan perasaan inilah, itulah, terasa inilah, tidak rasa itulah, seribu satu macam rasa, hingga aku sendiri jemu menjamahnya. Tapi aku tulis juga. Luahkannya juga di ruang putih ini.
Cuma inilah kali pertama aku dilontar ke dalam situasi yang amat memalukan! Entah di mana nak letak muka! hahaha.. Namun, setelah berbicara secara terus-terang, terdetik rasa lega pula kerana tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Yang pasti, kini aku nekad untuk menyelesakan diri apabila berhadapan dengannya nanti. Yang pasti, aku akan hentikan segala kegilaan di hati. Tujuan serta destinasi keputusan ini dibuat adalah atas dasar logikal dan kerana mahukan yang terbaik untuk diriku. Insyaallah.
Walau apa pun, biarlah jiwaku saja yang faham. Segala alasan, perjalanan dan pengalaman ini adalah sesuatu yang baru untukku. Ia seharusnya ditafsir dengan minda yang positif dan hati yang terbuka.
Itu barulah namanya dewasa - arif soal hidup, dia dan cinta sebenar.