Tuesday, April 17, 2007

"Adik nak masuk National Team?" ujar Guru Utama sambil menuding jari telunjuknya ke arahku. Terserentak aku buat seketika. Aku hanya bisa tersenyum sambil memberi alasan untuk memikirkannya dahulu selepas tamat peperiksaan nanti. Aku tatap wajah guruku. Terserlah di wajahnya penuh harapan. Penuh keyakinan. Namun aku.. Haiz..

Mulai hari itu, acapkali aku tersedar dari tidur, aku cuba sengkangkan kelopak mataku untuk pulang ke sarang lena. Aku cuba untuk pejamkan mataku. Cuba pula untuk melupakan semua yang telah berlaku. Yang bakal berlaku.

Teringin sekali aku lihat dari aras pandanganku yang atas, bagaimana mereka akan mempersoal dan mengata tindakanku. Bagaimana mereka akan menilai diriku.

Peluang diberi cuma sekali. Macam mana kalau aku ambil keputusan untuk tidak mengikut apa yang mereka mahu? Adakah hukumannya berat? Aku akan dihukum, itu sudah tentu.

Dunia yang aku pikul di bahu kini memberatkan dan memperlahankan aku. Haiz..

Sungguh membebankan.

~ I'm not ready to be in the national team. But will they even allow me to make my own decision without scrutinizing me afterwards? *sigh* ~