Wednesday, April 25, 2007



Suatu tika dahulu
Ada yang sangsi kemampuanmu
Menerajui bahtera kehidupan dan cinta
Telah ada yang menduga bahawa kita tidak mungkin kekal lama
Dalam melayari lautan racun bicara manusia
Agar mereka boleh bersorak gembira
Dengan kehancuran bahagia yang kita bina

Kini kita masih bersama
Merentas lautan kasih sayang dan cinta
Walau masih diduga dari seluruh arah penjuru
Hingga tertikam lidah mengguris rasa
Namun tidak sekali kita melatah
Membiarkan segala sengketa berakar umbi
Menjadi barah

Kau sentiasa berjuang untuk cinta
Berjuang untuk bahagia
Berjuang untuk kita berdua
Agar mereka semua tahu
Kesungguhan memiliki ku suatu tika dahulu
Bukan sekadar omongan kosong
Kesungguhanmu mencipta bahagia buatku
Bukan sekadar janji manis yang diucap dibibir
Segalanya disusuli kepercayaan
Kejujuran dan kasih sayang

Benar..
Kau mungkin bukan lelaki yang terhebat dalam cinta
Tapi kau lah satu-satunya lelaki yang terhebat dalam hidupku
Tanpa bahasa pujangga mengulit jiwa
Aku tetap tahu kau amat cinta padaku
Kerna kau dicipta Tuhan untukku
Untuk memberitahu mereka
Memiliki bahagia harus disertai dengan usaha
Bukan sekadar tertakdir dengan rentaknya