Friday, October 06, 2006

Aku.... Dia dan Kamu.

Apa ertinya sebuah cinta yang suci.. andainya di sebalik tabir cintamu, kau merahsiakan rintihan hati yang pilu.. menyiksakan jiwamu.

Telah kucuba untuk berubah sikap mengikut kemahuan mu.. namun, perubahan yang telah ku pamerkan selama ini, tidak akan pernah cukup buat dirimu.. aku sedar.. aku tidak setaraf dengan apa yang kau inginkan.. aku tidak semulia dia.

Maafkan aku sayang.. kerana terpaksa membuat keputusan ini.. izinkan aku berundur diri.. demi kasih dan sayangku untuk melihat kau benar-benar bahagia suatu hari nanti..

Walau amat sukar bagiku untuk melepaskanmu... kau harus mengerti sayang, aku juga punyai harga diri.

Pergilah sayang.. pergi jauh dari diriku..

Aku kan tetap disini.. tersenyum melihat kau bahagia disamping insan yang kau nantikan selama ini.



Dia yang masih bertakhta dihati dan fikiranmu.
Pegang erat tangannya dan lepaskanlah aku dari dakapanmu.