kita bertemu buat seketika tadi.. ku renung wajahnya sambil cuba mengukir senyuman manis untuknya.. tak kusangka, ia amat payah kali ini. dia pegang tanganku.. ku sambut dengan mengenggam erat tangannya.. hati kecil ku berbisik.. "jangan pergi sayang.. aku masih perlukanmu disisi.. terimalah aku seadanya.. kerana aku masih amat mencintaimu.." namun, sebaik saja aku mula menikmati saat-saat terindah ini, kedengaran suara kecil di sebalik fikiranku.. "ingat diana, kau bukan yang terbaik buatnya.. kau tidak akan dapat berikan kebahagiaan sepertimana yang pernah dia alami dahulu.. kau tidak seperti s... lepaskan genggaman itu. ke mana pergi harga dirimu diana.." dengan sekelip mata dadaku bagai ditusuk panah berbisa.. haiz.. sungguh pedih.
apa yang harus kulakukan ya tuhan? aku tidak mahu terus berpura-pura bahagia. aku tidak mahu terus berputus asa. kerana hingga kini, sungguh nyata bahawa dia masih inginkan aku menjadi seperti dia. insan yang lebih mulia dari diriku seadanya. bukan aku tidak mahu mencuba.. tetapi, aku juga berpegang teguh pada prinsip sendiri. aku benar-benar tidak suka ditandingi dengan si dia. aku TIDAK mahu dan TIDAK akan menjadi seperti dia. kerana nilai keistimewaan seseorang itu adalah ekslusif, unik dan tidak bertindih pada sesiapa. ya allah.. bekukanlah hatiku.. aku tidak mahu merasa lagi. bagaikan anak patung bernafas.. tiada hati.
maaf rizal.. aku akan hentikan segala desakan ini.. izinkan aku berundur diri.. telah kukatakan pada hari kelmarin.. jangan berharap seperti itu rizal.. aku tidak mampu berikan semua yang kau mahu. aku manusia biasa. yang punya nilai tersendiri.
setelah kupahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu
tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku
kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu
bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu
maafkanlah aku
walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu
dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku
ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah diriku..