Wahai diri,
Manakah hilangnya keyakinan yang ada di hatimu selama ini..
Kenapa dek sedikit ujian yang engkau hadapi membuatkan dirimu berputus asa..
Tidak ingatkah pada firman Allah;
"Tiada berputus asa pada rahmatNya, melainkan kaum yang kafir"..
Wahai diri,
Mengapa terlalu mudah kalah dengan bisikan-bisikan halus itu..
Tidak ingatkah engkau pada hadith Rasulullah;
"Antara tanda kemanisan iman adalah bencinya diri untuk kembali kepada kemungkaran (kekufuran) sebagaimana bencinya ia untuk dicampakkan ke dalam api neraka"..
Wahai diri,
Janganlah engkau kalah dengan bisikan-bisikan halus..
dan janganlah berasa lemah dengan pandangan manusia di sekelilingmu..
Biarlah kecil dan kurangnya engkau di mata mereka..
tapi jangan biarkan dirimu hina di sisi Allah..
Wahai diri,
Bangunlah!!
Perbaiki diri..
Buanglah sifat lemah dan malas yang menyelubungi..
Kuatkanlah dirimu walau apa jua yang melanda..
Dan janganlah engkau tangisi dengan apa yang telah terjadi..
Mohonlah padaNya moga dirimu akan sentiasa redha dengan apa jua yang telah ditakdirkan..
Wahai diri,
Kembalilah padaNya..
Mintalah pertolongan dan keampunan dariNya..
Sedarlah bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Tinggi, Maha Pengampun..
Bergantung dan berilah keyakinan yang sepenuhnya pada Allah Yang Maha Kuasa..
Bersangka baiklah pada Allah Yang Maha Adil..
Serahkanlah segala hidupmu pada pencipta Yang Maha Esa..
Tuhan Yang Hidup dan Yang Maha Mentadbir..Ya Hayyu Ya Qayyum..
Wahai diri,
Sedarlah bahawa dunia tempat untuk berikhtiar dan berusaha..
Bukannya tempat untuk berehat dan bermain-main..
Teguhkanlah kesabaranmu sebelum tiba masanya..
Mohonlah padaNya agar dirimu sentiasa dalam pimpinanNya..
Akan terus istaqamah di atas jalanNya..
Dan agar hatimu tidak dipesongkan setelah diberi hidayah..
Kerana di Akhirat nanti tiada lagi namanya penyesalan..
Dan di sanalah nanti tempat untuk engkau memungut hasil dan beristirehat..
******
Ya Allah.. tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini untuk menghadapi apa jua rintangan dan cubaan yang telah Engkau tetapkan untuk diriku. Sesungguhnya hanya padaMu tempat aku bermohon.. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur pada nikmat kurniaanMu.. Tetapkanlah hatiku pada jalanMu Ya Allah.. Amin amin ya robbal a'lamiin..