Dan apabila semua ini sampai ke saat matangnya, ia akan terus hilang. Semangat, kata-kata, impian dan keghairahan ini akan pudar.. dan aku pula akan sedar bahawa yang tertanggung di dalam benakku adalah halunisasi yang sia sia sahaja.. Malah, ia juga akan berlalu pulang. Ke tempat asalnya.
"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."