Saat langkah tersendat di kehidupan
Letih kerana debu kealpaan
Wajah tak lagi pancarkan keimanan
Tertatih tiada tujuan
Lembar demi lembar hari kulewati
Namun ketenangannya tiada pasti
Mencari kini tempat yang mencukupi
'Tuk susun langkah yang lebih pasti
Kembali ke masjid teduhkan hatimu
Basuhlah jiwa yang lusuh kerana debu
Kembali ke masjid segarkan jiwamu
Sujudlah tawadhu' di hadapan Rabb-mu
Kembali ke masjid teduhkan hatimu
Basuhlah jiwa yang lusuh kerana debu
Kembali ke masjid murnikan cintamu
Tercurah hanya 'tuk keridhoan Rabb-mu
And keep up prayer in the two parts of the day and in the first hours of the night; surely good deeds take away evil deeds. This is a reminder to the mindful.
(Surah Hud :11; Ayat: 114)
**Pic taken @ Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran. My refuge after a stressful day at work.