Sudah hampir aku terlupa wahai hati, saat terakhir aku berperasaan begini. Tidak perlu aku jelaskan bagaimana berharapnya perasaanku pada saat ini.
Kalau termampu, aku akan berikan kesemuanya. Kalau ternyata, akan aku bahagiakan insan bernama dia. Jika tuhan mengizinkan, akan aku panjikan mahkota hatiku ke persada yang paling tinggi untuknya. Dan seandainya kita ditakdirkan untuk bersama, aku ingin dia bangga memilikiku seadanya.
Yang nyata, aku bersyukur kepada yang Maha Esa kerana menghadirkan dia ke sisiku. Aku berserah pada segala ketentuanNya. Kerana hanya tuhan sahaja yang tahu segala hasrat dan impian yang tersirat di dalam hati kecilku.
~ Kepada si dia, terima kasih untuk segalanya.. ~
p/s: S M Salim mini version. it's been long time since i laughed that hard. =D