Tuesday, February 27, 2007

Akan sampai masanya nanti, ketakjuban itu akan pudar dan jadilah dia sekadar manusia biasa dari mata pandanganku. Tiada lagi layanan istimewa, tiada lagi pandangan yang berbeza. Tiada lagi akan aku menghendap dunianya, tidak juga akan aku risau dengan kekuranganku. Pada ketika itu aku akan sedar fantasiku adalah demi fantasiku. Ketika itu juga aku akan sedar bahawa setiap kegilaan itu ada takatnya. Dan kegilaan aku terhadapnya akan hilang jua. Hilang jua. Insyaallah.


~ Cukuplah Allah bagiku. Dambaan cintaNYA tidak akan pudar..kerana di situ letaknya cinta abadi. ~

Sunday, February 25, 2007

i've a paper tmr. and im still half way tru my revision. i thought there's training at bpcc today.. cos abg zul himself wanted us to come.. he said there'll be skills training and etc.. not much physical.. so i sacrificed my sleep yesterday.. to revise as much as i could for tmr's paper.. and you know what, it turned out there's no training for dewasa. *Gggrrr*

and the best part was, since it was raining quite heavily, i spent the entire evening wiping wet mattresses (macam "wax on, wax off" in the Karate kid movie gitu!) cos the roof was leaking.. after that, i was assigned to be the time keeper for the saringan.. so yeah.. kene tiup whistle sampai mabuk. haizzzz.. honestly, i was VERY disappointed today.. maybe a lil' pissed off too.. who wouldnt seh.. *sigh* but even so, i NEVER regret coming lah.. wipe mattress pun jadilah.. demi perguruan tercinta.. *che bah* hahah.. at least i get to watch the kids fight.. especially shaza.. she's so damn cute! and she won the match! ~HooraY~ yeah it's the little ones who made my day.. i love the kids! all of them! =o)

ermm.. if you're wondering, yeap he was there.. but he seemed to be in a rather bad mood.. first time nampak dier marah gitu.. i wonder why.. hmm.. smalam tak cukup tidur agaknyer.. hahah.. eh! saya pun tak cukup tido! almost tak tido langsung! hahah.. but neah.. i seldom have mood swings.. kalau ade pun, kat rumah je boleh lepaskan frust.. macam skarang ni hah.. sumer saya lepaskan.. lepaskan kentut skali.. and now, saya nak pergi melepas.

so till then, bubbyeee..


p/s: i jus found out that one of the jawatankuasa people reads my blog. Hello Cik Jumat! hahah... sape lagi agaknyer yang baca blog ni eh.. hmm..
i reached home from training around 12.30am.. freshened up, took my supper, solat ishak then went online to do my revision.. signed in to msn.. saw his nick.. *smiles* a quick glance at his pic was enough to give me that energy boost i desperately needed.. i continued on with my readings..

4.40am.. i decided to take a break.. my eyes were super heavy and nothing seemed to be getting into my head.. i opened the msn window and surprisingly, his nick was still there.. gosh.. i thought i was dreaming. i plucked up enough courage and messaged him.. but he didnt reply. hmm.. maybe he's busy with sumthing.. or he's probably asleep i thought.. so i closed the window and chatted with a friend.. about half an hour later, he replied. and the conversation went like this..

him: waalaikumsalam..
me: fuh yo..belom tido lagi??
him: dah nak masok tido ni.. ade keje sikit buat..
him: kul 6 bangun lagi..
me: lolz..ok..
me: maaf ganggu..
him: alrite.. tak kisah
me: gd morning! byebye
him: mornin.. bye

hahah.. now im super hyper.. i think i can last for another 4 hours without sleep! come to think of it, he's like my daily dose of caffeine.. which im totally addicted to, i cant seem have enough of, keep me awake till the wee hours of the morning and leave me wanting for MORE. hahah.. crap eh.

oklah.. skarang pun dah nak masuk waktu subuh ni.. i wanna log off for a while.. gotta wake my family up. till then, adios peeps.


~ Love has no expiration date. It's never too late nor too early.~

Saturday, February 24, 2007

~ Kata orang, siapa yang selalu kata tidak percaya pada cinta adalah orang yang bila mereka bertemu cinta, kuasanya merasuk mereka lebih dari kenan orang biasa. ~


Kau tahu hati, dalam dunia ini ada ramai manusia, kebanyakkan yang biasa dan segelintir saja yang istimewa bagiku. Dan bila aku terserempak dengan mereka yang segelintir ini, diriku jadi tidak menentu.

Aku sendiri tidak percaya dengan keadaan sekarang. Segalanya bagai mimpi yang singgah sejenak dalam tidurku yang singkat. Adakah sudah hilang warasku? Kepandiran emosiku lonjak memuncak.

Jika kehadiran dia umpama angin, mengapa derunya amat nyaman dan bertiup kuat? Jika kedatangannya dalam laman duniaku bagai ombak yang melawat pantai, mengapa hempasan tenaganya memanjakan, penuh emosi dan berbuih bunga perasaan?

Hati, kegilaan apakah ini?

Mungkin rahmat yang terselindung dari segala serba ini adalah, aku telah diberi peluang oleh tuhan untuk merasai sedikit kuasa kasih ciptaanNya. Tanpa izinNya, pertemuan kami tidak mungkin tercipta, perasaan ini tidak mungkin ada dan aku pada saat ini tidak mungkin deras menekan petak-petak huruf di keyboard agar lega segenap rasa naluriku.

******


Ya Alllah ya Tuhanku.. jika ini ujian yang aku perlu lepasi, Alhamdulillah Ya Allah, aku terima segalanya. Ku bermohon agar kau cekalkanlah azamku, teguhkanlah imanku dan peliharalah hati ini dari kekecewaan yang bakal melanda. Sekiranya ia terjadi, bawalah ia jauh dari pandanganku.. luputkanlah ia dari ingatanku dan berikanlah aku kekuatan diri supaya dapat ku lontar bayangannya jauh ke dada langit.. sehingga hilang bersama senja nan merah.

Ya Allah ya Tuhanku.. Pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Kerana hanya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Amin amin ya robbal alamiin..
argh!!!!!!!!!!! guess who im chatting with rite now!!!!!!????? errr... ok takpe tak payah tahu. nasib baik dah pukul 2 pagi.. kalau tak, i'll be screaming like mad now!! hahah.. i bet if he happens to read my blog, which im sure he wont, he'll be laughing his head off.. he's probably so used to having girls going ga-ga over him. so stop it! mengucap diana.. get back to your assignment now. focus gal.. focus!!

focus on him. haha.. gila. haiz. Astarghfirullah!

he asked: "Siapa nyer gambar jer awak tenung pagi2 buta ni?"

Gambar awak lah yang saya tenung selama ni. *smiles*


macam yeye je.. if only i had enough courage to tell him that. hah!

Friday, February 23, 2007


Aku ingin bergelar solehah



Aku ingin bergelar solehah
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
kerana aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
kerana aku tentunya ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah..

Thursday, February 22, 2007

hey.. tuition just ended.. my tutee really tested my patience jus now.. *sheesh* i explicitly told her to bring the math assignment today regardless of whether she had completed it or not.. but still she didnt.. instead, she brought her literature workbook. aiyoo.. lain kita suruh, lain pulak dier buat. so i spent the entire 2 hours teaching her literature.. ape sehh..

moving on... otw home from the library, i found this tiny little creature by the road side.. tajam jugak mataku eh.. heheh.. *prasan*





yeap! its a teeny-weeny-mini terrapin! macam wak turtle kat rumah!! cute rite?? relax peeps. its NOT REAL lah.. mana ade turtle kecik gitu.. hehe.. from now on, i shall carry it wherever i go.. i think i've found my lucky charm. ~weee~
everytime i see his nick pop up in the msn window, my heart skip a beat. i would click on his nick and just stare at his pic. im scared to even say hello. haiz. but i did chat with him ONCE. about my school assignment thingy.. and i told him that i'm scared to talk to him face to face.. then he asked "asal SERAM??" it took a while for me to answer him. and by the time i finished typing, he logged off. hah.
diana diana.. what's wrong with you man. anyway, jangan prasan lah dier nak tengok kau pun! muahahah.. ok ok enough.

i wanna go to the library for awhile.. and maybe meet my couz after that.. for some retail theraphy.. it's been a long time since i went shopping.. baru dapat gaji beb. so can spend abit lah.. ~HooraY!~

till then, adios amigos. gua berambus.

~ oh when will this blissful madness end. *smiles* ~

Tuesday, February 20, 2007

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah
permaisuri hidup Nabi Ayub
pasrah dengan dugaan Tuhannya
walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan
namun ia kembali kerana iman yang kuat
telah dijanjikan syurga adalah balasannya
bahagia adalah miliknya...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
Dapatkah aku cungkil hasrat ini. Supaya ia tidak bertapak lagi di sini. Bukan kemahuan untuk menyelaminya dalam-dalam. Sebenarnya aku mahu menangkisnya dari aku terus berharap dan menyimpan impian terpendam.

Up to one point, kerana terlalu sukakan dia, biarpun sekadar di layar maya, aku telusuri gambar-gambarnya tanpa perlu banyak tanya tentang rasional, objektif, matlamat ataupun kepentingan. Aku tersenyum sendirian. Jauh tersudut dalam hati aku tahu, aku cuma mampu untuk mengenali dia sahaja.

Yang aku takut, perlakuan aku ini dalam diam bagai menanam rutin indoktrinasi yang merugikan masa dan membuang keringat fikiran. Bagai menggapai sesuatu yang di luar jangkauan. Bagai mengindik anjal yang bakal melambung aku ke udara tanpa tahu sampai mana takat gembiranya dan bila masa pula akan aku jatuh terhempas ke dunia.

Ingin sekali aku tahu bagaimana lagaknya apabila mengetahui ada orang sepertiku menjadi kurang akal kerananya. Hinggakan sanggup duduk di sini dan menulis hasrat galak, galik dan sepastinya gila, gila dan gila!


p/s: Tanjung Piai was GREAT. and i think one of the reasons being.. he was there. =o)


having lunch @ tanjung piai. it's the only pic i managed to snap before my hp batt went dead.

~ if a picture paints a thousand words.. *smiles* ~

Saturday, February 17, 2007

i'll be going to Tanjong Piai this sunday with the silat family.. it's a resort located somewhere in Pontian, Malaysia. haizz.. i finally get some well deserved rest.. away from the stresses of my daily full-of-shit life.. but its only a 2 day trip lah.. haha.. better than NOTHING rite.. =D tak sabar2 ni nak panching.. *macam yeye jek* panching IKAN eh.. bukan panching orang.. haha ok crap.

to Nad, tell him i'm sorry. i'm not ready to commit myself in any relationship yet. dah cukup. tak perlu banyak songeh lagi. nokhtah.

and to HIM, i'm happier more at ease being single at the moment. even if i were to remain single till my dying day, at least i'll live in peace. one FINAL advice before i leave, i know you're a nice person.. but please, DONT brag about "HOW GOOD YOUR ARE" or "HOW YOU SEEM TO KNOW IT ALL" for goodness sake. Have some humility so that you wont end up humiliating yourself in the end.

"For Allah loves not the arrogant, the vainglorious, not those who are greedy, enjoin greediness in others, hide the bounties which Allah has bestowed on them; for We have prepared, for those who resist faith, a punishment that steeps them in contempt... a humiliating punishment." (An-Nisa 4:36-37)

Thursday, February 15, 2007



Kadangkala momen yang membuat kita terpegun dan beku dalam ketakjuban datang bagai serangan hendap. Sering selalu dari kadangkala ia membuat hati ini meruntun untuk rasa gemuruh, gembira, syukur, gentar dan terunggul untuk merasai kesemuanya sekaligus. Mungkin momen sebigini sebenarnya adalah panji pelita yang akan membakar seluruh jiwa dan ragaku di suatu hari nanti. Insyaallah.

Wednesday, February 14, 2007



My first medal for Seligi.. Alhamdulillah.. next medal, Silver ke.. GOLD ke.. hahah INSYAALLAH..

click [ HERE ] to view Seligi tunggal angkatan medalists cheering after PSP closing ceremony.. find me if you can.. hahah..

and [ HERE ] for a short vidoe clip of my fight in the quaterfinals.

Monday, February 12, 2007

Adidas freaks. let the powers combine..



Anti-clockwise: arafat(yellow + brown), ela, me, fiqa, kamaliah, eqa, aisyah, muslimah, my bro hakkim.

Sunday, February 11, 2007


we emerged overall champion again! syukur alhamdulillah.. what a superb way to start off year 2007.. before this, we managed to clinch the "Best Of The Best" title against Grasio.. and today, Overall Champion for PSP 2007.. Tak putus2 mulut ini mengucap syukur pada yang Esa.. well, even though i only managed to get the Bronze medal, i still feel like a champ.. ok ape yang aku merepek-kan ni.. hahah.. anyway, i was super HYPER today.. i think its probably due to the side effects from drinking 3 cans of red bull in the morning.. i was practically screaming my lungs out(sampai urat kepala nak putus!) throughout the competition.. not mentioning jumping up-n-down and doing that Ali-Baba hand gesture thingy with the rest of my sentiasa-hyper-giler silat peeps.. haiz.. biler dah happy banget, hilang sumer rasa malu, segan, paiseh, shy dan sewaktu dengannyer.. Astarghfirullah.. yeah im still hyper.. wee~~ *doing the Ali-Baba dance*

oh before i forget, CONGRATS to all budak2 seligi yang menang.. keep up the good work dan seperti kata abg zulfakar, "dah menang, kepala tu jangan besar sangat sampai naik tingkat empat.." bagi yang kalah, kepala tu jangan kecut sangat sampai jadi asam kecut.. haha.. perjalanan korang masih jauh.. takler mcm aku ni.. dah TUA.. next PSP, aku dah tak boleh take part lagi.. OverAged. xP hmm.. aku write ni sumer, macam diorang ade baca eh.. hahah.. nevertheless, i LOVE all of you, Seligians.. each and everyone of you.. from the Guru to the nyonya yang collect can drink kat BPCC.. but you know what, the one i love most is _ _ _ _ _ _ ! hahah.. kidding lah.. hmm.. Am i?

oklah.. i think i shall stop here for now.. still have tonnes of assignments to complete. till then, bubbye! =o)

~ i'm addicted to his smile. ~

Friday, February 09, 2007

~ Wanita ~



Kau digelar penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindungi
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Kaulah wanita istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wednesday, February 07, 2007

Ujian..

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mengtakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu atau retak hatimu.. mungkin itulah kehendakNya kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya..
Kadangkala ekspresi dan raut wajah itu, walaupun tidak terkeluar sebarang suara, jeritannya cukup kuat untuk difahami makna, kerana tersentuh jiwa dan terperasan minda. Maksud yang menjelma sebegini, lebih kuat dan maha kuasanya.

Tuesday, February 06, 2007

~ Dia insan mulia, seorang juara dikagumi semua.. Sedangkan aku insan biasa, pengembara di bumi sementara. Layakkah diri ini menaruh hati terhadapnya? ~


Pada suatu ketika pintu hatiku terkatup dan terpateri rapat untuk istilah cinta Laila dan Majnun. Bagiku tidak ada cinta semurni Allah kepada hambanya. Rahmat dan kasihnya tetap mencurah walaupun hambanya ingkar dalam melaksanakan seruannya. Juga tidak terdapat cinta yang seutuh cinta ibu kepada anaknya, biarpun anaknya tidak pernah mengenang budi namun cinta tetap kukuh dan tidak mudah digoyah.

Aku yakin, cinta berlandaskan kecantikan akan pudar dimamah usia. Cinta berteraskan pangkat dan darjat akan hanyut bersama hilangnya kedudukan dan cinta bersemadikan budi akan mati bersama terkuburnya jasad. Berdasarkan keyakinan ini, aku tidak pernah cuba mendekati cinta yang palsu. Kini usiaku mencecah angka 22 namun lambaian cinta palsu tidak pernah dilayan. Aku bimbang tertipu kerananya, aku tak tahan menanggung rasa. Jadi sebelum ia terjadi aku perlu menghindarinya.

Tetapi sejak kebelakangan ini.. pintu hatiku mula diketuk seorang insan. Hatiku yang dahulunya keras, kini bagaikan nak cair. Lambaian cinta terus melambai-lambai memanggilku. Dan aku tahu pencurinya!

Hampir satu tahun yang lalu aku diketemukan dia. Pada titik pertemuan tiada perasaan apa-apa.. tidak ada getar sedikit pun di hati untuk membuat aku memikirkanya. Mungkin pada masa itu aku sekadar menganggap dirinya sebagai idola silat yang disegani ramai. Namun, lama-kelamaan hatiku mula dikuasai oleh daya tarikkan yang natural, sikapnya, tutur kata, kebaikan hati, keramahan, perhatiannya semasa melatih kami dan sifat kesederhanaannya. Tawanya yang renyah dan cara bicaranya yang lucu menyapa kebisuan dan menghibur jiwaku. Juga tidak akan luput dari ingatan saat dia menghulurkan tangannya kepadaku dengan senyum manisnya terpancar dari bibir nan indah dan sinar matanya tertumpu ke arahku. Aku sangkakan kelakuannya itu sekadar untuk memberi tepukan "high five" kepadaku.. namun tanpa ku duga, sebaik sahaja telapak tangan sampai ke tangannya, jari-jemarinya terus menggenggam erat tanganku sambil melafazkan kata-kata perangsang sebelum aku masuk bertanding. Haiz.. Lututku hampir lemah.

Semenjak hari itu, jujur aku katakan bahawa hati sudah tertaut padanya. Wajah dan senyumnya kini menyapa dan temani penelusuranku. Apabila biji mataku bertembung dengan anak matanya, aku seringkali tewas, dan terus memandang lantai. Namun, akan kusimpan rasa kasih ini dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini akan menjadi jahid yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah. Itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan aku tidak mahu ketinggalan merasai ganjaran itu walau aku akur, bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang.

Ada suatu ketika dia duduk benar-benar berhampiran denganku.. sesekali terdetik perasaan untuk aku memulakan perbualan dengannya.. namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada Allah. Terkadang, apabila berselisih dengannya, jantungku berdegup kencang. Ingin saja aku melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini.. namun maluku mengatasi segalanya. Alhamdulillah. Aku hanya membisu.. kerana aku tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu.

Wallahua'lam..