Wednesday, August 22, 2007

entah kenapa hari ni aku asyik melepaskan nafas yang panjang.. bukan sengaja untuk mengeluh, tetapi seakan apa yang di dada terasa amat berat untuk ditanggung. hari demi hari, hanya satu soalan yang kekal beputar di kotak fikiran. wajarkah keputusan yang aku ambil ini? jika iya, mengapa perasaan masih berbolak balik sehingga akhirnya mendatangkan rasa resah di hati.. haiz.

Ya Allah, mampukah aku untuk terus melangkah ke hadapan dengan keadaan sebegini.. terasa diri ini bagaikan terapung-apung di awangan.. segala apa yang hendak aku lakukan selepas ini, semuanya seperti tiada erti lagi.. tiada lagi cita-cita yang perlu dikecapi, tiada lagi impian yang perlu dikejar.. segala perancangan sudah hilang entah ke mana.

dalam keadaan sebegini, tiada apa yang aku harapkan selain daripada keyakinan yang tinggi pada Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.. tapi mampukah aku untuk mendapat keyakinan itu di kala hati sedang berkecamuk?

Ya Allah, pimpinlah hambaMu yang lemah ini.. kurniakanlah diriku hidayah dan taqwa serta maruah untuk ku lalui perkara-perkara yang bakal tiba..hari ini, hari esok dan hari-hari yang seterusnya. Amin amin ya robbal a'lamiin..